Sunday 24 May 2015

AKU MAHU KEKASIH SETIA


Hype,

Rindu aku? Kalau tak rindu masakan mencari bukan? haha okay, aku paham. Rindu nak tahu apa dalam kepala aku ni. Tu je. Tak lebih. Cut the crap la girl.

credit : google

Rata-rata manusia normal yang aku jumpa semua nak kekasih hati yang setia kan? Dituruti pula dengan carta pandai memasak, pakej kacak bergaya, hormat orang tua dan segala macam benda yang kau ingat kau boleh pilih orang yang kau bakal jatuh cinta macam kau pilih barang kat Giant.

Kau memulakan pencarian. Mencari gerangan yang manis rupawan dan tampan laksana putera kayangan. Dalam kau ghairah mencari orang yang setia, kau ter'hijack' hak orang. Alasan cliche yang tersedia untuk menjawab pertanyaan orang lain nanti "Kalau hati dah suka, nak buat macam mana?"

Dan berbekalkan kekasih yang kau miliki hasil hijack tadi, kau berharap dia setia.

credit : google

KAU SILAP BESAR

Orang yang setia tak mampu kau hijack sesuka-hatinya.

Melainkan kau perangkap dia dalam sebuah rumah dan kau ditangkap khalwat dengan dia. Lalu, kau pun dipaksa berkahwin atas alasan menutup malu. Then, mula-mula benci akhirnya dia akan terima kau seadanya. Persis drama melayu bukan? hahaha. Tu lah, suka sangat tengok drama melayu, macam aku.

Cakap pasal setia ni, bukan mudah nak buat. Kau kena kawal segala macam benda dari pandangan kau, perlakuan kau, cara kau semua bendalah tapi aku pernah terbaca, kalau jujur, setia itu mudah sebenarnya. Mudah tak mudah sendiri decide lah. Dah besar semua nak ajar, ahhh lemak ahhh.

Oh! Setia jugak masuk dalam list aku sebenarnya. Well, girls always be girls. Aku takde masa nak buang untuk layan people who treats me as an option. It's between yes or no. Take it or leave it. Mudah bukan?




No comments: