Friday 15 January 2016

SCANDAL-icious


Hype :)

Bertemu lagi kita di rancangan repek dan santai. Sila ambil kerepek mahupun junk food masing-masing dari loker dan teruskan azam untuk membaca repekan kali ini. Tapi jika anda mempunyai azam untuk kurus seperti saya, silalah membaca tanpa senaman mulut okay? Ohh! Jangan ditanya mengenai tips kurus yang lain kerana azam kurus saya sentiasa diganggu oleh manusia-manusia yang suka datang menggoda dengan makanan.

credit : google


Skandal.

Based pada buku Terfaktab edisi Sarkasatik Cinta, skandal ni macam kau dah ada pasangan tapi menggedik menggatal dengan orang lain yang ada pasangan mahupun takde pasangan jugak macam kau. Tapi bagi aku sendiri, selain daripada yang dia cakap nie, flirt takde pasangan pun skandal jugak. As long as kau takde rasa nak commit dengan hubungan tu.

Kenapa nak ber'skandal' kalau dah ada pasangan?

Senang je jawapan dia.

Manusia ni makhluk yang tak pernah puas. Diberi betis nak peha. Lagi banyak dapat, lagi banyak yang manusia tu nak. Easy lah soalan ni. Berilah soalan mencabar sikit.

Reasons skandal?

Boleh jadi sebab bosan pasangan asyik buzy je. Mungkin jugak sebab nak test market. Mungkin jugak nak ber'experiment' dengan pelbagai jenis orang. Mungkin jugak sebab... ahhh, kau nak explaination lebih, pergi baca Kitab Terfaktab sana.

Kau cakap macam kau pernah jumpa orang ber'skandal' eleh. Like hekeleh kau nie.

Ada. Aku jumpa. Bukan sorang. Yang awek lawa tahap hijabista pun berskandal jugak. Yang hubby baik cam angel pun berskandal jugak. Yang awek kaya, baik, comel dan petite pun, berskandal jugak. Puakanya lah perangai. Korang buat perangai macam nie kan, buat orang yang lemah mental selalu cakap " Ahhh, semua lelaki/perempuan sama aje, " Buat aku geleng kepala betullah bila kena situasi macam ni. Bila pasangan korang luahkan perasaan kat aku, aku tak tahulah nak reveal perangai korang or buat donno je macam acah-acah tak tahu. Meletakkan aku di tempat yang tak sepatutnya. Syaitoonnnn betul.

Dan hasil survey aku mendapati, kadang-kadang skandal lebih sweet dari pasangan itu sendiri. Pelik kan? Tapi itulah kenyataannya. Tak boleh nak kata apa lah. Takkan aku nak pergi tarbiah sorang-sorang tentang jalan lurus kehidupan? Sendiri dah besar, sendiri boleh hadam dan faham macam mana untuk hidup. Jalan kau, kau sendiri yang decide macam aku decide jalan untuk aku hidup. Aku ada limit aku dan cara aku sendiri.

The point is ? Ber'skandal'lah dengan bijak dan janganlah kantoi. Jangan jadi bangang sangat pehlisss. hahaha Dan jangan lupa what u give, u get back. Til then, have fun ^^

No comments: