Thursday 19 May 2016

YOUREKA CHARITY CARNIVAL IN MAHSA UNIVERSITY BY MUBISS

Hype :)


Baru-baru ni (sebenarnya minggu lepas muahahaha) MUBISS anjurkan their first charity event and for me it was tiring but really AWESOME. Awesome sebab si pemalas Atiqah take part dan berasa seronok. Kelas aku terlibat buat rumah hantu dan designer secara tak rasmi untuk poster dan kat luar rumah hantu adalah kerja hantu-hantu rumah aku. Malam-malam stay up siapkan hantu, props darah bagai. Belum kira kes menyakat orang sampai menangis masuk bilik lagi. hehe biane. Sumpah penat dan enjoy.

3,4 hari jugaklah merasa tidur lewat dan balik rumah lewat gara-gara carnival. Attend meeting kau tak payah cakaplah. Berapa kali nak finalize everything. Sumpah aku taknak jadi orang anjurkan program. Bapak kesian aku tengok s/u bekejar sana sini. Tak cukup tanah je gayanya nak lari kejar orang management bagai.



Kiteorang jugak diberi lecturers yang sangat-sangat awesome, sporting dan baik dan comel sebab sangat-sangat supportive. Oh! the best part was the budget is below 150 and pulangan balik memang boleh tahan lumayan. Of course part of it disalurkan ke charity and part of it went to our dinner after this. Yea, kat depan yang kaler hitam-hitam tu aku pakai plastik sampah je. So what? Hantu-hantu tu pakai kain semeter RM3.00 yang boleh kau beli kat Nilai, Negeri Sembilan sekelompok dengan Ice Room dekat area situ-situlah.

Kau cerita pasal rumah hantu, kau jadi hantu ke idok?

Tak. Kau takkan jumpa aku versi hantu dalam nie sebab aku asalnya join MUBISS dan ditugaskan untuk Escape Room yang selepas habis shift aku, aku terus lari lepak Ghost House. Lepak dan mengacau housemates aku yang jaga kaunter.

Habis je kemas malam tu, terus beli KFC dan makan ramai-ramai. Masa ni kau Malay ke, Chinese ke, Indian ke, who cares? Sereh semua rasa macam sekepala je. Buat sepah ramai-ramai dan lepas tu kemas ramai-ramai. Yeala, kau akan berkelas sama-sama 4 tahun, kalau asyik nak perang je, payah jugak tak?

And the rest is history. Dah boleh balik ke realiti dan bekejar dengan assignments, reports, presentation, journal dan bagai-bagai tu lah. Sekian ^^

No comments: